Sports & Recreation Events

TAHNIAH PASUKAN KDEBWM!

KDEB Waste Management (KDEBWM) berjaya meraih tempat ketiga dalam acara Bowling sempena MBI Group Inter Agency Games 2025. Ucapan tahniah turut diberikan kepada MBI yang memperoleh tempat kedua dan Air Selangor yang dinobatkan sebagai juara bagi kategori ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan pengurusan yang hadir memberikan sokongan padu kepada pasukan KDEBWM.
Tahniah sekali lagi kepada semua warga kerja KDEBWM yang mengambil bahagian atas pencapaian membanggakan ini. Terima kasih atas komitmen, usaha serta semangat berpasukan yang sentiasa mengharumkan nama organisasi. 🏆🎳✨

Semoga penganjuran acara seperti ini terus mengeratkan ukhwah dan meningkatkan kesepaduan antara warga kerja anak-anak syarikat.
#KDEBWM #MBIGroup #InterAgencyGames2025 #TeamKDEBWM #BowlingTournament #Selangor #AnakSyarikatMBI #Teamwork