Sports & Recreation Events

KEJOHANAN BOWLING PERSAHABATAN 2025

28 NOVEMBER 2025 - Kejohanan Bowling Persahabatan 2025 antara KDEBWM Cawangan Klang dan Jabatan Perkhidmatan Persekitaran (JPP) MBDK) telah berlangsung dengan jayanya di Wangsa Bowl, Setia City Mall, Setia Alam.

KDEBWM turut berbangga apabila pasukan syarikat berjaya merangkul gelaran Juara Keseluruhan 2025. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato’ Haji Ramli Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEBWM atas kesudian hadir memeriahkan acara.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen penganjuran program ini. Semoga kejayaan dan hubungan baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
#KDEBWM #SelangorBersih #TeamKDEBWM #MBI #MBDK #JPPMBDK #Bowling2025 #Sukan #Komuniti #Kerjasama #KitaJagaSelangor