Sports & Recreation Events

KEJOHANAN BOWLING KDEB WASTE MANAGEMENT (KDEBWM) BAGI TAHUN 2025

🎳 Kejohanan Bowling KDEB Waste Management (KDEBWM) bagi Tahun 2025 🎳

21 SEPTEMBER 2025 - Kejohanan Bowling Kumpulan KDEBWM 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid dengan penyertaan seramai 136 pemain lelaki dan 12 pemain wanita daripada pelbagai cawangan.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan pertandingan, malah turut memperlihatkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan, serta ukhuwah dalam kalangan warga kerja KDEBWM.

Bagi kategori keseluruhan lelaki, pasukan KDEBWM Cawangan Ampang Jaya telah dinobatkan sebagai juara, diikuti oleh KDEBWM Cawangan Shah Alam di tempat kedua, manakala kumpulan Ibu Pejabat KDEBWM pula berjaya meraih tempat ketiga.

Dalam kategori berpasukan lelaki pula, kejuaraan menjadi milik KDEBWM Cawangan Ampang Jaya (A), diikuti oleh Ibu Pejabat KDEBWM (A1) di kedudukan naib juara dan pasukan Klang (A) di tempat ketiga.

Kejohanan ini juga menyaksikan kecemerlangan individu apabila Muhammad Buang dari KDEBWM Cawangan Ampang Jaya muncul sebagai pemain lelaki dengan catatan mata tertinggi, diikuti rapat oleh Mohd Khairi dari KDEBWM Cawangan Sepang dan Mohamad Azri dari KDEBWM Cawangan Kajang. Tidak ketinggalan, Aqmal Hakimi dari KDEBWM Cawangan Ampang Jaya serta Mohammad Roshidan dari Ibu Pejabat KDEBWM turut berada dalam senarai lima teratas.

Bagi kategori wanita, Puan Rafidah dari Ibu Pejabat KDEBWM telah dinobatkan sebagai pemain wanita dengan catatan mata tertinggi, manakala Cik Zulaikha dan Puan Nurain Nadhira turut mengekalkan prestasi cemerlang masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga. Cik Noor Asya dari KDEBWM Cawangan Kajang serta Puan Effaridatulakmarain dari Ibu Pejabat KDEBWM turut melengkapkan senarai lima terbaik.

Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada penaja hadiah iaitu PNSB Insurance Brokers Sdn Bhd, Shah Alam Specialist Hospital (SALAM) dan Klinik Mediveron atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

KDEBWM merakamkan ucapan Tahniah kepada semua pemenang serta penghargaan kepada setiap peserta yang telah memberikan komitmen terbaik sepanjang kejohanan ini. Semoga penganjuran seumpama ini terus menyemarakkan budaya sihat, semangat kekeluargaan, serta kebersamaan dalam kalangan warga KDEBWM, seiring dengan aspirasi syarikat untuk membina organisasi yang lebih cemerlang.
#TogetherWeAchieveMore
#TogetherWeKeepSelangorClean