Sports & Recreation Events

KDEBWM @FIESTA JORAN SELANGOR 2025

FRASER VALLEY, HULU SELANGOR
9 Februari 2025 - KDEB Waste Management (KDEBWM) telah menjadi salah satu penaja bagi program Fiesta Joran Selangor yang berlangsung di Fraser Valley, Hulu Selangor. Program ini diadakan bersempena Tahun Melawat Selangor 2025 yang dianjurkan oleh Tourism Selangor. Seramai 15 peserta yang merupakan warga kerja KDEBWM telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Bagi memeriahkan lagi program, KDEBWM juga turut membuka reruai untuk mempromosikan aplikasi iClean Selangor dan perkhidmatan yang dijalankan oleh syarikat kepada komuniti setempat. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang menyertai Fiesta Joran ini!

#KDEBWM