Official Events

TAKLIMAT KDEBWM.DI SSOC SEMPENA LAWATAN DELEGASI NEEGERI PERAK DARUL RIDZWAN

SSOC, TINGKAT 1, DEWAN JUBLI PERAK SULTAN ABDUL AZIZ, BANGUNAN SSAAS
KDEB Waste Management (KDEBWM) telah dijemput ke Lawatan Delegasi Kerajaan Negeri Perak ke Smart Selangor Operation Centre (SSOC), Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor di SSOC, Tingkat 1, Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Bangunan SSAAS, semalam.

Encik Mohd Idris Mohamed Yusof, Pengurus Besar Operasi KDEBWM dan Hajjah Mahfuzah Muhamad Tarmidi, Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat KDEBWM telah hadir ke lawatan ini bagi mewakili KDEBWM. Turut serta bagi menyampaikan taklimat berkenaan tugas dan fungsi Pusat Aduan Setempat (CCC) dan Pengurusan Bencana KDEBWM, Encik Aisar Hj. Sukran, Eksekutif Kanan CCC dan Perkhidmatan IT KDEBWM.

Turut hadir, YBrs. Encik Mohd Ikram Rahimi, Ketua Penolong Setiausaha Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Encik Mohd Azri bin Mohd Jusoh, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Bahagian Pengurusan Maklumat, YB Encik Azlan Helmi bin Helmi, EXCO Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia & NGO, YBrs. Encik Mohd Irwan bin Mohamed, Pengarah MCMC Negeri Perak, YBrs. Encik Shahrizul Radzi bin Maarof, Penolong Pengarah UPEN, ⁠YBrs. Encik Muhammad Khalish Nantha, Penolong Pengarah Pembangunan Ekonomi Digital, ⁠serta pegawai daripada Digital Perak Corporation Holdings, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia dan Majlis Bandaraya Ipoh.

Semoga dengan lawatan ini, KDEBWM, Pejabat SUK Selangor, dan Pejabat SUK Perak dapat bersama menjalinkan hubungan korporat yang baik dan berkongsi ilmu mengenai pengurusan bencana, pembangunan infra, aplikasi, dan teknologi baharu demi kesejahteraan rakyat Negeri Selangor dan Perak.

#KitaSelangor
#KDEBWasteManagement
#MalaysiaSmartWasteCompany
#TogetherWeKeepSelangorCleanAndGreen
#TogetherWeKeepSelangorSustainable
#icleanselangor
#wasteisnotdirtywasteismoney