Official Events

Sesi Libat Urus Cadangan Penambahbaikan Tindakan Penguatkuasaan dan Kawal Selia Tapak Pembuangan Sampah Haram

Wyndham Acmar Klang
KDEB Waste Management telah menghadiri Sesi Libat Urus Cadangan Penambahbaikan Tindakan Penguatkuasaan dan Kawal Selia Tapak Pembuangan Sampah Haram yang berlangsung di Wyndham Acmar Klang.
Sesi yang dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor ini menghimpunkan wakil pihak berkuasa tempatan (PBT), jabatan kerajaan serta agensi berkaitan bagi membincangkan isu pembuangan sampah haram yang semakin mencabar.
Perbincangan tertumpu kepada cadangan penambahbaikan aspek penguatkuasaan dan kawal selia, termasuk usaha memperkukuhkan kerjasama antara agensi bagi meningkatkan keberkesanan tindakan terhadap aktiviti pembuangan sampah haram di seluruh negeri.
Platform seperti ini penting dalam memastikan pendekatan yang lebih menyeluruh, bersepadu dan berkesan dapat dilaksanakan ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selamat dan lestari untuk rakyat Selangor.
#KDEBWM
#SelangorBersih
#PerangiSampahHaram
#KitaSelangor