Official Events

PROGRAM COMMS GET TOGETHER (CGT) SIRI KE-2

Pendekatan komunikasi yang berkesan adalah satu elemen penting dalam menentukan hala tuju dan kejayaan sesebuah organisasi. Justeru, Jabatan Komunikasi Korporat dan Kelestarian MBI telah menganjurkan Program Comms Get Together (CGT) siri ke-2 yang disertai oleh pegawai perhubungan awam syarikat milikannya.

Menarik pada kali ini, peserta didedahkan dengan beberapa modul berkaitan pengurusan dan komunikasi berkesan dalam mengelola sebarang krisis. Satu silmulasi sidang media juga turut di buat bagi melatih dan menguji kemampuan peserta dalam menghadapi pertanyaan dari pihak media, meningkatkan keyakinan serta jenis komunikasi yang efektif dan positif ketika sidang media berlangsung.

MBI Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program CGT kali ini. Semoga ilmu yang dipelajari ini dapat membantu peserta dalam mengurus dan mengurangkan impak negatif akibat krisis secara efektif, memastikan komunikasi yang jelas dan pantas dengan pihak berkepentingan sekaligus melindungi kreadibiliti serta imej organisasi di kala berlakunya krisis.
#MBISelangor
#Thrive28
#KitaSelangor
#SelangorMajuBersama
#selangor