Official Events

Pertandingan Inovasi Peringkat Sekolah Rendah anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

2 Disember 2025 – Pertandingan Inovasi Peringkat Sekolah Rendah anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dengan kerjasama KDEB Waste Management (KDEBWM) telah berlangsung dengan penuh semangat dan kreativiti!

Pertandingan ini diadakan bagi mencungkil bakat inovasi dalam kalangan murid sekolah rendah serta menggalakkan minat terhadap bidang STEM – Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Dengan bertemakan “Inovasi Bermanfaat dalam Kehidupan Seharian”, sebanyak 10 buah sekolah rendah telah membentangkan idea inovasi masing-masing.

Berikut adalah pemenang dari tempat pertama hingga ke -5 beserta tajuk Inovasi;
Johan
SK (A) Bukit Kemandol K9 – Penanda Buku Alam Indah
Naib Johan (Tempat Kedua)
SK Dato’ Maharaja Lela – Smart Eco Bin
Tempat Ketiga
SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi – SaBBAr EcoTech
Tempat Ke-4
SJKT Ladang Braunston – NUTRIGREEN DROP
Tempat Ke-5
SK Bandar Anggerik – PalmFuel Igniter

Manakala sekolah-sekolah lain turut membawa pulang hadiah saguhati sebagai penghargaan atas penyertaan, usaha dan kreativiti mereka.
Setiap idea yang dikongsi membawa mesej tentang kelestarian, teknologi, keselamatan dan kemudahan dalam kehidupan seharian. Sekali gus menunjukkan betapa kreatif dan inovatifnya generasi muda hari ini.

Tahniah kepada guru-guru, ibu bapa serta para pelajar yang berani tampil ke hadapan. Semoga pertandingan ini menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi muda yang kreatif, inovatif dan berdaya saing, sekali gus menyokong agenda kelestarian Negeri Selangor.

📺 Jom tonton siaran ulangan Pertandingan Inovasi Peringkat Sekolah Rendah melalui pautan berikut:
https://www.youtube.com/live/YRf1XkWCYig?si=MCqcQZKAhjAy2ae3