Official Events

PENYERAHAN ZAKAT KORPORAT KDEBWM

MASJID TENGKU AMPUAN JEMAAH, BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor, berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada KDEB Waste Management (KDEBWM) berjumlah RM1,171,480.75 dalam satu majlis di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Penyerahan zakat ini disempurnakan oleh Pengarah Urusan KDEBWM, Dato' Haji Ramli Mohd Tahir, sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR). Zakat yang disalurkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) ini akan digunakan untuk membantu golongan asnaf dan menyokong pembangunan ekonomi serta kebajikan masyarakat di Selangor.

KDEBWM terus memainkan peranan penting bukan sahaja dalam perkhidmatan pengurusan sisa yang mampan, tetapi juga melalui sumbangan zakat dan pelbagai inisiatif kebajikan demi kesejahteraan rakyat Selangor.

Lembaga Zakat Selangor
#KDEBWM #TogetherWeKeepSelangorClean
#KitaSelangor