PENYERAHAN RASMI DAN TAKLIMAT TEKNICAL KENDERAAN TRI-CYCLE KEPADA SUBKONTRAKTOR LANTIKAN KDEBWM

PENYERAHAN RASMI DAN TAKLIMAT TEKNICAL KENDERAAN TRI-CYCLE KEPADA SUBKONTRAKTOR LANTIKAN KDEBWM

31 May 2024
KLANG
31 Mei 2024 - Pada hari ini telah berlangsung Sesi Penyerahan dan Taklimat Teknikal Kenderaan 'Tri-Cycle' yang telah diadakan di depoh penyimpanan kenderaan KDEBWM, Klang hari ini.
 
Sebanyak 60 buah kenderaan Tri-Cycle telah disediakan oleh pihak KDEBWM bagi operasi kutipan sisa domestik di kawasan kampung tradisi di daerah Shah Alam. Kenderaan ini disediakan bagi melancarkan kutipan sisa domestik di kawasan kampung yang berdepan dengan laluan yang sempit dan tidak dapat diakses oleh lori Kompaktor.
 
Penyerahan rasmi ini telah disempurnakan oleh En Mohd Idris Mohamed Yusof selaku Pengurus Besar Operasi, KDEB Waste Management dan taklimat teknikal oleh En Mohd Faizal Tuah, Ketua Jabatan Teknikal & Peralatan.
 
Hadir sama, En Mohd Rizal Karim, Ketua Operasi Cawangan Shah Alam, wakil-wakil subkontraktor yang terlibat dan para pegawai operasi KDEBWM cawangan Shah Alam
 
Penyerahan kenderaan ini akan dilakukan secara berperingkat dan serahan pada hari ini melibatkan 20 unit Tri Cycle yang akan mula digunakan berkuatkuasa 1 Jun 2024.
 
Berikut adalah senarai Kampung Tradisi yang terlibat ;
1) Kg Padang Jawa
2) Kg Jalan Kebun
3) Kg Teluk Menegun
4) Kg Sungai Kandis
5) Kg Bukit Naga
6) Kg Selathavan
7) Kg Jalan Bukit Kemuning
8)Kg Bukit Cerakah Jaya dan Kg Budiman
9) Kg Melayu Subang
10) Kg Paya Jaras
11) Kg Kubu Gajah
12) Kg Sg Plong
13) Kg Merbuk Sempah
 
Semoga, dengan asset baharu yang dimiliki oleh pihak KDEBWM, kutipan sisa domestik di kawasan kampung tradisi akan lebih lancar dan sistematik.
 
Ini merupakan komitmen padu pihak KDEBWM sebagai sebuah syarikat pengurusan sisa pepejal pintar di Malaysia.
 
 
Back