Official Events

PENYERAHAN KAJIAN-KAJIAN PENYELIDIKAN DAN PENYERAHAN SURAT LANTIKAN PROFESOR ADJUNG BAGI FAKULTI STML UUM KEPADA PENGARAH URUSAN KDEBWM

SHAH ALAM
πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ πŠπƒπ„ππ–πŒ & π”π”πŒ: πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 π’πˆπ’π€ & πŠπˆπ“π€π‘ π’π„πŒπ”π‹π€
KDEB Waste Management (KDEBWM) terus komited dalam memperkasakan pengurusan sisa dan kitar semula melalui kolaborasi bersama Universiti Utara Malaysia (UUM). Dalam satu majlis di Shah Alam, KDEBWM menerima dua kajian penyelidikan utama daripada School of Technology Management & Logistics (STML), UUM yang memberi fokus kepada strategi lokasi kemudahan kitar semula dan keberkesanan operasi syarikat.

Kajian pertama, "A Study on Location Decisions Strategy of KDEBWM’s Recycling Facilities in Selangor", menilai pemilihan lokasi strategik kemudahan kitar semula untuk memastikan kecekapan operasi dan manfaat alam sekitar yang maksimum. Kajian kedua, "Assessing KDEB Waste Management Practices: Operations Strategy Approach", mengkaji strategi operasi KDEBWM, termasuk pengurusan tenaga kerja, penggunaan teknologi, dan kelestarian.

Dalam majlis ini juga, Pengarah Urusan KDEBWM, YBhg. Dato’ Haji Ramli Mohd Tahir, menerima pelantikan sebagai Professor Adjung UUM, sebagai penghargaan terhadap kepakaran dan sumbangan beliau dalam industri pengurusan sisa.

Seluruh warga kerja KDEBWM mengucapkan jutaan tahniah kepada YBhg. Dato’ Haji Ramli Mohd Tahir atas pelantikan sebagai Professor Adjung UUM. Semoga jasa dan kepakaran beliau dalam industri ini terus memberi manfaat kepada masyarakat dan pembangunan sektor pengurusan sisa di Malaysia.

Kerjasama ini menandakan satu langkah penting dalam menjadikan Malaysia lebih mampan melalui pendekatan berasaskan penyelidikan dan inovasi.

Universiti Utara Malaysia (Official FB)
#KDEBWM #TogetherWeKeepSelangorClean #KitaSelangor