Official Events

Penglibatan KDEB Waste Management (KDEBWM) di Karnival Selangor Halal Vibes Fest 2025

29 NOVEMBER 2025 (SHAH ALAM) — Penglibatan KDEB Waste Management (KDEBWM) di Karnival Selangor Halal Vibes Fest 2025 terus berlangsung dengan meriah. Reruai KDEBWM menerima kunjungan berterusan daripada orang ramai yang hadir untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan KDEBWM, selain mengemukakan pertanyaan serta saluran aduan berkaitan kutipan sisa domestik dan pembersihan awam.

Orang ramai di seluruh Negeri Selangor dijemput untuk bersama-sama memeriahkan karnival anjuran HIS Toyyiba dan Pejabat EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi, dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor.
#KDEBWM #SELHAC2025 #TogetherWeKeepSelangorClean