Official Events

PEMUKIMAN (RETREAT) KUMPULAN MBI SELANGOR DAN ANAK-ANAK SYARIKAT TAHUN 2025

IMPERIAL LEXIS KUALA LUMPUR
Sesi pemukiman Kumpulan MBI Selangor telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari di Imperial Lexis Kuala Lumpur, menghimpunkan kepimpinan tertinggi bagi memperkukuh hala tuju strategik syarikat-syarikat di bawah naungan MBI Selangor.

KDEB Waste Management (KDEBWM) diwakili oleh YBhg. Dato' Haji Ramli Mohd Tahir, Pengarah Urusan, serta YBrs. Encik Ahmad Rizal Mohd Daud, Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat.

Dalam sesi ini, Kumpulan MBI Selangor telah memperkenalkan THRIVE28 serta Pelan Strategik Kumpulan (GSB) yang menjadi pemacu pertumbuhan strategik, pengembangan perniagaan, dan peningkatan daya saing organisasi.

YBhg. Dato' Haji Ramli telah diberikan peluang dan ruang berkongsi pelan perniagaan strategik KDEBWM dalam memastikan pengurusan sisa yang efisien dan mampan, seiring dengan aspirasi menjadikan Selangor sebagai negeri yang lebih bersih dan lestari.

Juga selaku Ketua Kluster Utiliti dan Tenaga Kumpulan MBI Selangor, YBhg Dato' telah berkongsi cita dan aspirasi anak-anak Syarikat MBI dalam sektor utiliti dan tenaga.

Kehadiran bermakna YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi MBI Selangor, YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli Bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, serta YB Datuk Dr. Haniff Bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor memberi dampak yang positif kepada pemukiman pada kali ini.

KDEBWM bersama Kumpulan MBI Selangor akan terus berusaha merealisasikan visi pembangunan negeri yang mampan, progresif, dan berdaya saing demi kesejahteraan rakyat Selangor.

#KDEBWasteManagement
#MalaysiaSmartWasteCompany
#TogetherWeKeepSelangorClean
#KitaSelangor