Official Events

PELANCARAN PESTA BUKU ANTARABANGSA SELANGOR

Shah Alam , 28 November 2025 - Pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Selangor telah disempurnakan oleh KeBawah Duli Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah AlHaj, bertempat di Setia City Convention Centre, Setia Alam.

Puan Hajah Mahfuzah Muhamad Tarmidi, Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat mewakili KDEB Waste Management hadir ke majlis tersebut.

KDEBWM merupakan rakan penaja dan rakan strategik Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor dalam penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Selangor sejak tahun 2019 sehingga kini.

KDEBWM menyokong segala usaha menggalakkan perbukuan dan pembacaan untuk rakyat Selangor. Acara tahunan ini dijadikan platform untuk KDEBWM sentiasa mendekati rakyat dengan menyediakan reruai mempromosikan perkhidmatan KDEBWM dalam pengurusan sisa pepejal, kelestarian alam dan pembangunan mampan.
#KDEBWM
#PPAS
#SIBF2025
#TogetherwekeepSelangorclean