Official Events

MENYANTUNI DELEGASI DARI JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN , PUTRAJAYA

JWP, PUTRAJAYA
Kunjungan Hormat daripada Delegasi Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Putrajaya.

7 Ogos 2024 - KDEB Waste Management (KDEBWM) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Bahagian Perbandaran dan Khidmat Teknikal, JWP, Putrajaya.

Delegasi yang terdiri daripada 7 orang wakil ini diketuai oleh Yang Berusaha En. Wan Ashbi Bin Leman, Pengarah Bahagian Perbandaran dan Khidmat Teknikal, dan turut disertai oleh Yang Berbahagia Datin Zakiah Syerina Balkis Taha, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perbandaran dan Khidmat Teknikal.

Dalam kunjungan tersebut, En. Mohd Idris Mohamed Yusof selaku Pengurus Besar Operasi KDEBWM dan En. Ahadi Mohd Nasir, Pengurus Besar Pengurusan Subsidiari & Pelaksana Projek KDEBWM, telah memberi penerangan menyeluruh mengenai operasi yang dijalankan oleh KDEBWM serta inisiatif kitar semula yang sedang diusahakan oleh KDEBWM.

Hadir sama dalam sesi tersebut ialah Puan Hjh Mahfuzah Muhamad Tarmidi, Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat KDEBWM, En. Khairil Khalid, Pemangku Pengurus Besar KDEB ICI; dan En. Mohd Faizal Tuah, Ketua Jabatan Teknikal & Peralatan KDEBWM. Pegawai-pegawai dari Jabatan Operasi, Jabatan Pelaksana Projek, dan Jabatan Teknikal & Peralatan KDEBWM turut hadir bagi memeriahkan kunjungan ini.

Kunjungan hormat ini telah berjaya memberi pencerahan kepada pihak Jabatan Wilayah Persekutuan mengenai skop kerja dan pelbagai inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh KDEBWM sebagai syarikat yang bertanggungjawab dalam pengurusan sisa domestik dan pembersihan awam di Negeri Selangor.

KDEBWM merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kunjungan ini.