Official Events

Majlis Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Pengurusan Kutipan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di antara KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)

Sekitar Majlis Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Pengurusan Kutipan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di antara KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).
Perjanjian ini telah dimeterai oleh YBhg. Dato’ Haji Ramli bin Mohd. Tahir, Pengarah Urusan KDEBWM bersama YBhg. Dato’ Amirul Azizan bin Dato’ Sri Abd. Rahim, Datuk Bandar MBSJ, serta YBrs. Tuan Haji Mohd. Zulkurnain bin Che Ali, Timbalan Datuk Bandar MBSJ dan Encik Pravin A/L Murali, Ahli Majlis yang mewakili pihak MBSJ.
Majlis turut disaksikan oleh Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan serta wakil-wakil daripada KDEBWM.
Perjanjian ini melambangkan komitmen dan kerjasama strategik antara KDEBWM dan MBSJ dalam memastikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal serta pembersihan awam dilaksanakan secara lebih cekap, sistematik dan berakauntabiliti bagi tempoh tujuh (7) tahun akan datang.
#KDEBWM
#KeepingSelangorClean
#KITASelangorMajuBersama