Official Events

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN AWAM ANTARA MPS DAN KDEB

19 SEPTEMBER 2025 - KDEB Waste Management (KDEBWM) terus memperkukuhkan kedudukan sebagai peneraju pengurusan sisa pepejal di Selangor melalui pemeteraian kontrak bersama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi perkhidmatan pembersihan awam di Lobi Menara MPS.

Majlis menandatangani kontrak ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Ramli bin Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEBWM bersama YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS, dan turut disaksikan oleh barisan kepimpinan MPS serta daerah Gombak.

Melalui kerjasama strategik ini, KDEBWM menegaskan komitmen dalam menyediakan sistem pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih efisien, tersusun serta menepati piawaian tertinggi.

Usaha ini juga selaras dengan aspirasi KDEBWM untuk meningkatkan tahap kebersihan persekitaran dan memperkukuhkan agenda kelestarian bandar, khususnya dalam menjadikan Selayang sebuah perbandaran yang bersih, hijau dan sejahtera.
#KDEBWM
#SelayangKuSayang
#MalaysiaMADANI
#KitaSelangorMajuBersama