Official Events

Majlis Akrab Mahabbah Ramadan Anjuran Kerajaan Negeri Selangor

Shah Alam, Selangor
Shah Alam, 26 Feb 2026- YBhg Dato' Hj Ramli Mohd Tahir, Pengarah Urusan, diiringi oleh YBrs Tn Hj Ahmad Rizal Mohd Daud dan Pn Hjh Mahfuzah Muhamad Tarmidi, hadir di Majlis Akrab Mahabbah Ramadan Anjuran Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Selangor, Agensi , badan berkanun dan Anak- anak syarikat kerajaan negeri, yang diadakan di Dewan Jubli Perak.
Majlis dimanfaatkan dengan amanat YAB Dato' Menteri Selangor, Dato' Seri Amirudin Shaari. Antara amanat penting beliau adalah Islah atau Reform dalam sistem tadbir urus dan tatakelola di semua peringkat dalam pentadbiran negeri, agensi, badan berkanun, anak-anak syarikat bagi menambah baik prestasi sedia ada. Tidak merasa selesa dengan pencapaian masa kini namun perlu sentiasa ditambah baik di negeri Selangor yang maju dan makmur. YAB Dato' Menteri Besar Selangor juga mengumumkan pembayaran satu (1) bulan bonus kepada para penjawat awam bagi menyambut Aidil Fitri.
Alhamdulullah & Tahniah.
#KITASELANGOR
#KDEBWM