Official Events

KDEBWM TUNAIKAN ZAKAT PERNIAGAAN RM460,505.80 KEPADA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)

16 Disember 2025, Shah Alam - KDEB Waste Management (KDEBWM) telah menunaikan Zakat Perniagaan berjumlah RM460,505.80 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat terhadap tuntutan agama dalam menunaikan ibadah zakat.

Penyerahan zakat telah disampaikan oleh Puan Hajah Mahfuzah Muhamad Tarmidi, Penolong Pengurus Besar, Komunikasi Korporat KDEBWM kepada Tuan Mohd Khaidzir Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, di dalam Majlis Iktiraf Muzakki dan Penyerahan Zakat (IMTIYAZ) 2025, berlangsung di Dewan Orkid, Wisma PKPS, Seksyen 14 Shah Alam.

Turut hadir sama, Tuan Hj Zainal Abidin Othman, Ketua Jabatan Pentadbiran KDEBWM. Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan serta menjadi pemangkin kepada kesejahteraan ummah dan pembangunan masyarakat di Negeri Selangor.

Terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Kewangan KDEBWM yang telah mengurus dan mentadbir kewangan Syarikat dengan baik dan lancar bagi melayakkan KDEBWM sebagai penyumbang zakat korporat bagi membangun ummah dan ekonomi Islam di Negeri Selangor.
#KDEBWM
#ZakatPerniagaan
#LembagaZakatSelangor
#TanggungjawabSosial
#ESG
#Kelestarian
#BersihPrihati