Official Events

KDEBWM SERAH SUMBANGAN DI SIDANG MEDIA JUNIOR GOLF CHAMPIONSHIP 2025 DAN PKNS SELANGOR MASTERS 2025

KDEB Waste Management (KDEBWM) telah menyumbangkan RM100,000 bersempena Selangor International Junior Golf Championship 2025 dan PKNS Selangor Masters 2025, sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat.

Majlis penyerahan ‘mock cheque’ disempurnakan oleh Pengurus Besar Operasi KDEBWM, Encik Mohd Idris Mohamed Yusof, dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, dan YB Dato’ Setia Haji Haris Bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

KDEBWM sentiasa komited menyokong dalam mengilap bakat muda, mempromosikan Selangor di mata dunia, dan memperkukuh reputasi negeri ini sebagai destinasi sukan bertaraf antarabangsa!

#KitaSelangor
#KDEBWasteManagement
#MalaysiaSmartWasteCompany
#TogetherWeKeepSelangorCleanAndGreen
#TogetherWeKeepSelangorSustainable
#icleanselangor
#wasteisnotdirtywasteismoney