About Us
Managing Director's Statement
Corporate Information
Vision & Mission
Group Structure
Company Milestone Journey
Board of Directors
Senior Management Team
Management Team
Our Services
Permohonan Kutipan Sisa Binaan
Domestic Solid Waste Collection
Public Cleansing
Cleaning of Public Parks and Waste Collection at Industrial, Commercial and Institution (ICI)
Circular Economy and Recycling Initiatives
Our Assets
Lorries Compactors
Roll-on Roll-off/Armrolls
Road Sweeper
Centralized Command Centre (CCC)
The Centralized Command Centre
i-Clean Selangor Smart Application
Waste-to-Energy (WTE)
Sultan Idris Shah (SIS) Green Energy Plant
FAQ WtE
Waste Management in Selangor
The Proposed Project / NIMBY Issue
Waste to Energy technology
Related Media
Media Room
Articles
News
Media Clippings
Press Release
Events
Official Events
Sports & Recreation Events
Training Event
Sustainability and CSR Activities
Contact
Search for:
Official Events
Home
Events
Official Events
KDEBWM & EXCO Kerajaan Tempatan Terjah Kawasan Hotspot Komersil
KDEBWM & EXCO Kerajaan Tempatan Terjah Kawasan Hotspot Komersil
18 Dec 2025
EVENTS
17 DISEMBER 2025, SHAH ALAM - Yang Berhormat Dato’ Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan bersama pasukan KDEB Waste Management (KDEBWM) menerjah kawasan komersil Seksyen 7, Shah Alam. Kehadiran Yang Berhormat ke lokasi ini bagi memeriksa dan melihat sendiri keadaan tahap kebersihan saliran longkang-longkang di kawasan komersil dan kawasan persekitaran.
Longkang-longkang di kawasan komersil adalah tanggungjawab bersama pengusaha memastikan setiap premis memasang ‘greese-trap’ agar tiada longgokkan lemak-lemak minyak hasil aktiviti pengusaha restoran atau kedai yang akan akhirnya menjadi lemak tepu sekaligus menghalang laluan saliran air di longkang-longkang tersebut.
Tinjauan Yang Berhormat EXCO bersama pasukan operasi dan pengurusan KDEBWM juga bagi memastikan para pengusaha di kawasan komersil menyediakan tong-tong sampah berkapasiti yang bersesuaian bagi menampung janaan sisa di kawsan tersebut. Pengusaha di kawasan komersil juga diminta untuk memastikan sisa dibuang di dalam tong sampah yang disediakan dan bukan di luar tong sampah.
Pada sesi tersebut, pihak KDEBWM seperti dijadualkan telah menjalankan operasi pembersihan longkang di kawasan tersebut dengan penggunaan jentera Catch Basin Cleaner dan High Pressure Water Jetter.
Yang Berhormat EXCO bersama KDEBWM memohon kerjasama semua pihak termasuk orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan, premis dan persekitaran serta tidak membuang sampah merata-rata bagi menjamin kesihatan, keceriaan, dan keharmonian rakyat Negeri Selangor.
Hadir sama mengiring Yang Berhormat EXCO adalah YBhg. Dato’ Haji Ramli Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEBWM, Ahli Majlis MBSA , adalah YBrs. Tuan Mohd Idris Mohamed Yusof, Pengurus Besar Operasi KDEBWM, YBrs. Tuan Nazar Abdul Raof, Penolong Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan & Penswastaan Strategik, YBrs. Puan Hajah Mahfuzah Muhamad Tarmidi Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat, YBrs. Tuan Zulhazmi Musa, Pengurus Kanan Operasi, YBrs. Tuan Mohd Rizal Karim, Ketua Operasi KDEBWM Cawangan Shah Alam, pasukan jetter Shah Alam, subkontraktor, pasukan operasi Shah Alam dan rakan-rakan media yang membuat tinjauan dan liputan.
KDEBWM dan EXCO Kerajaan Tempatan serta Pihak Berkuasa Tempatan akan terus komited memastikan kebersihan Negeri Selangor di tahap yang cemerlang.
#KDEBWM
#TogetherwekeepSelangorclean
#KITASelangor
#SelangorBersih
<
1
2
>
Back