About Us
Managing Director's Statement
Corporate Information
Vision & Mission
Group Structure
Company Milestone Journey
Board of Directors
Senior Management Team
Management Team
Our Services
Permohonan Kutipan Sisa Binaan
Domestic Solid Waste Collection
Public Cleansing
Cleaning of Public Parks and Waste Collection at Industrial, Commercial and Institution (ICI)
Circular Economy and Recycling Initiatives
Our Assets
Lorries Compactors
Roll-on Roll-off/Armrolls
Road Sweeper
Centralized Command Centre (CCC)
The Centralized Command Centre
i-Clean Selangor Smart Application
Waste-to-Energy (WTE)
Sultan Idris Shah (SIS) Green Energy Plant
FAQ WtE
Waste Management in Selangor
The Proposed Project / NIMBY Issue
Waste to Energy technology
Related Media
Media Room
Articles
News
Media Clippings
Press Release
Events
Official Events
Sports & Recreation Events
Training Event
Sustainability and CSR Activities
Contact
Search for:
Official Events
Home
Events
Official Events
KDEB WASTE MANAGEMENT SERAH 182 UNIT LORI BAHARU BAGI MENYOKONG KONTRAK PERKHIDMATAN BAHARU DI MAJLI
KDEB WASTE MANAGEMENT SERAH 182 UNIT LORI BAHARU BAGI MENYOKONG KONTRAK PERKHIDMATAN BAHARU DI MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA
18 Dec 2025
EVENTS
Subang Jaya, 18 Disember 2025 – KDEB Waste Management (KDEBWM) hari ini menyerahkan sebanyak 182 unit lori baharu merangkumi 77 unit lori kompaktor dan 105 unit lori armroll kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sempena pelaksanaan kontrak baharu perkhidmatan pengurusan sisa pepejal bagi tempoh 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2033.
Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh Datuk Bandar Subang Jaya, YBhg. Dato’ Amirul Azizan bin Dato’ Sri Abdul Rahim , bertempat di Hutan Bandar USJ 3C, Subang Jaya, dan disaksikan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Rizal Mohd Daud, Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat KDEBWM, barisan Ahli-ahli Majlis, pengurusan kanan MBSJ serta pengurusan KDEBWM.
Majlis penyerahan aset baharu ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan KDEBWM sebagai syarikat yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan sistem pengurusan sisa pepejal yang cekap, stabil dan berimpak tinggi, khususnya di kawasan bandar yang pesat membangun seperti Subang Jaya.
Subang Jaya yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, pembangunan aktif dan pergerakan komuniti yang dinamik memerlukan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal pada tahap kesiapsiagaan operasi yang lebih kukuh dan responsif. Penambahan aset ini bertujuan meningkatkan kecekapan operasi serta kualiti perkhidmatan kepada penduduk atau pembayar cukai di Subang Jaya.
KDEB Waste Management memberikan jaminan bahawa peningkatan aset ini akan memberi fokus kepada beberapa keutamaan utama, antaranya:
• memastikan jadual kutipan harian dilaksanakan mengikut perancangan,
• mengurangkan downtime operasi, dan
• mewujudkan kestabilan perkhidmatan di semua zon MBSJ termasuk kawasan perumahan, komersial, industri serta kawasan berimpak tinggi.
Selain itu, KDEBWM juga akan memastikan setiap pergerakan lori dipantau secara menyeluruh bagi membolehkan tindakan pantas diambil sekiranya berlaku gangguan atau keperluan tambahan di lapangan, selaras dengan keperluan operasi bandar yang memerlukan tahap respons yang tinggi dan penyelarasan kerja yang rapi.
Pihak kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada pihak MBSJ atas kerjasama erat yang terjalin selama ini, serta kepada seluruh warga kerja KDEBWM dan rakan subkontraktor di lapangan yang menjadi tulang belakang kepada kelancaran perkhidmatan harian.
“Penyerahan ini bukan sekadar penyerahan lori, tetapi penyerahan kapasiti, komitmen dan kesiapsiagaan KDEB Waste Management untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor ke arah persekitaran yang bersih, tersusun dan berdaya huni,” jelas Tuan Hj Ahmad Rizal Mohd Daud, Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat.
<
1
2
3
>
Back