Official Events

KDEB WASTE MANAGEMENT SERAH 114 UNIT LORI OPERASI BAHARU KEPADA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

SEPANG, 5 Disember 2025 – KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) hari inimenyerahkan sebanyak 114 unit kenderaan operasibaharu kepada Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) sebagai sebahagian daripada pelaksanaankontrak baharu perkhidmatan pengurusan sisa pepejaldan pembersihan awam bagi tempoh 1 Disember 2025 hingga 31 Ogos 2032.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh PengarahUrusan KDEBWM, YBhg. Dato’ Haji Ramli bin Mohd Tahir, kepada Yang Dipertua Majlis PerbandaranSepang, YBrs. Dr. Ani Ahmad, dan disaksikan oleh pengurusan serta warga kerja MP Sepang dan KDEBWM.

Penyerahan aset ini melibatkan: 39 unit lorikompaktor, termasuk 4 unit mini kompaktor bagikawasan sempit dan berisiko tinggi; 71 unit loriarmroll, bagi mengukuhkan pengurusan tong roll-on/roll-off khususnya sektor komersial, industri dan sisapukal.

Kenderaan-kenderaan baharu ini dibina berasaskanchassis FUSO, ISUZU dan UD Trucks yang diiktirafantarabangsa kerana ketahanan, kestabilan dan prestasinya dalam operasi intensif. Langkah penaiktarafan aset ini merupakan sebahagian daripadapelaburan strategik KDEBWM bagi memastikan operasiyang lebih berkesan, teratur dan sejajar dengankeperluan perbandaran moden.

Penyerahan aset baharu ini juga mencerminkankomitmen KDEBWM untuk memastikan standard kebersihan dan keselamatan awam kekal tinggi sertaselari dengan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor.

KDEBWM akan terus memperkukuh modal operasimelalui pelaksanaan sistem kerja yang lebih teratur, penggunaan teknologi lebih maju dan penyediaan asetyang berdaya tahan. 114 unit kenderaan inimenandakan permulaan fasa baharu dalammempertingkatkan mutu pengurusan sisa dan keberkesanan perkhidmatan di kawasan pentadbiranMP Sepang.
Majlis Perbandaran Sepang
#TogetherWeKeepSelangorClean
#KDEBWasteManagement