Official Events

KDEB Waste Management (KDEBWM) berbesar hati menjadi penganjur Anugerah Khas Juri di Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2025.

Kuala Lumpur
KDEB Waste Management (KDEBWM) berbesar hati menjadi penganjur Anugerah Khas Juri di Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2025.

Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Penolong Pengurus Besar Operasi KDEBWM, Encik Nazar Abd Raof.
Melalui kerjasama ini, Anugerah Juri Pilihan Sinar Bestari X KDEBWM diwujudkan khusus bagi mengiktiraf kreativiti pelajar dalam menampilkan mesej kelestarian yang berkesan.

Menurut beliau, pengiktirafan ini bukan sekadar penghargaan, malah menjadi medium penting dalam mendidik generasi muda agar lebih peka terhadap isu alam sekitar.

Festival ini juga berperanan sebagai platform pendedahan teknologi semasa termasuk Artificial Intelligence (AI) dan aplikasi digital yang boleh dimanfaatkan bagi menyelesaikan cabaran kelestarian.

🌍 Bersama membina generasi celik teknologi dan prihatin alam sekitar.
#KDEBWM #SinarBestari2025 #Kelestarian #FutureGeneration #WasteToValue