Official Events

KDEB WASTE MANAGEMENT (KDEBWM) BERBANGGA MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA SESI PERKONGSIAN “DARI BANNER LAMA MENJADI BEG BARU”

7 DISEMBER 2025 - KDEB Waste Management (KDEBWM) berbangga menjadi sebahagian daripada sesi perkongsian “Dari Banner Lama Menjadi Beg Baru” sempena Selangor International Book Fair (SIBF) 2025. Perkongsian ini menekankan bagaimana bahan terpakai seperti banner lama boleh diolah semula menjadi produk baharu yang lebih bernilai dan praktikal.

Sesi ini disampaikan oleh Puan Hajah Mahfuzah Muhammad Tarmidi, Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat KDEBWM, bersama Ibu Hana, dengan matlamat membuka perspektif masyarakat bahawa kelestarian bukan hanya bergantung kepada penggunaan teknologi-teknologi canggih tetapi juga kreativiti, kesedaran, dan tindakan harian.

Melalui inisiatif sebegini, KDEBWM terus komited menyebarkan mesej bahawa setiap bahan mempunyai potensi untuk diberi kehidupan kedua. Usaha kecil ini, jika digerakkan bersama, mampu memberi impak besar kepada masa depan alam sekitar.

🌿 Jom, bersama menghargai sumber dan memupuk budaya guna semula demi bumi yang lebih lestari!
#KDEBWM #SIBF2025 #Sustainability #WasteToWorth #Reuse #CreativeReuse #SelangorBersih #KDEBWMCares #KelestarianUntukSemua