Official Events

ISTIADAT PEMBUKAAN PERSIDANGAN DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KE -15 TAHUN 2025

Hari ini berlangsungnya Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Ke-15 Tahun 2025 yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor, diiringi oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor, serta Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor.

YBhg. Dato' Haji Ramli Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEBWM, hadir ke majlis tersebut dan mendengar titah ucapan Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Selangor terutama isu berkaitan kebersihan di Negeri Selangor. Sebagai entiti yang bertanggungjawab menguruskan perkhidmatan ini di seluruh negeri, KDEBWM komited dalam memastikan kebersihan Negeri Tuanku Sultan Negeri Selangor Darul Ehsan sentiasa dalam keadaan bersih dan lestari.

#KitaSelangor
#KDEBWasteManagement
#MalaysiaSmartWasteCompany
#TogetherWeKeepSelangorCleanAndGreen
#TogetherWeKeepSelangorSustainable
#icleanselangor
#wasteisnotdirtywasteismoney