Official Events

HARI CUCI MALAYSIA 2025

HARI CUCI MALAYSIA 2025 🌍✨
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menganjurkan Hari Cuci Malaysia: Program Mega Pembersihan bersempena sambutan World Clean Up Day pada 27 September 2025, bermula jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bersempena inisiatif ini, KDEB Waste Management (KDEBWM) turut serta menyambut seruan gotong-royong mega dengan melaksanakan aktiviti pembersihan di beberapa lokasi terpilih di Selangor.

Kami juga menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman, perumahan, taman dan persekitaran masing-masing demi memastikan persekitaran lebih bersih, sihat dan lestari. 🌱
#HariCuciMalaysia2025 #WorldCleanUpDay #KDEBWM #SelangorBersih