FESTIVAL SAWAH PADI SEKINCHAN

FESTIVAL SAWAH PADI SEKINCHAN

26 April 2025
SEKINCHAN
Majlis Perasmian Festival Sawah Padi Sekinchan anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan Tourism Selangor berlangsung hari ini, dirasmikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari. Hadir sama YB Dato’ Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan.

Program berlangsung selama dua (2) hari, disokong dan disertai oleh pelbagai agensi Negeri Selangor termasuk KDEB Waste Management. En Ahmad Rizal Mohd Daud, Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat turut hadir mewakili KDEBWM.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang dua hari ini termasuk Larian Sawah Padi 5km & 10km, Volunterism pembersihan pantai, acara kebudayaan, Treasure Hunt dan banyak lagi. Jemput semua pihak dan rakyat Negeri Selangor memeriahkan program ini!

Bagi pihak operasi KDEBWM, kami bersama-sama menyediakan tong-tong sampah bagi kegunaan sepanjang acara dan menjalankan pembersihan kawasan.

Kepada orang ramai, sambil memeriahkan acara, kebersihan sekitar jangan dilupa…

Together We Keep Selangor Clean & Green!
#FestivalSawahPadi #Sekinchan #KDEBWM #SelangorBersih
Back