MAJLIS PERJUMPAAN WARGA KERJA (STAFF TOWNHALL 2023)

MAJLIS PERJUMPAAN WARGA KERJA (STAFF TOWNHALL 2023)

18 January 2023
SHAH ALAM CONVENTION CENTRE
Seramai 410 orang warga kerja KDEBWM dan anak-anak syarikat dari KDEB ICI dan KDEB Services telah hadir ke Majlis Perjumpaan Warga Kerja bagi mendengar Amanat Tahun Baru 2023 dari Y.Bhg. Dato' Hj Ramli Mohd Tahir, Pengarah Urusan KDEBWM . Majlis berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 18hb Januari 2023.

Pengarah Urusan, Y,Bhg. Dato' Hj Ramli di dalam ucapan amanat tahun baharu menyeru dan mengingatkan para warga kerja agr terus komited melaksanakan tanggungjawab sepertimana komitment yang telah dipamerkan oleh para warga kerja pada tahun-tahun sebelum ini. Tahun 2023 akan berdepan dengan pelbgai cabaran tetapi warga kerja mestilah terus tabah dan bersemangat di dalam mendepani cabaran dan tugasan. Pastikan disiplin diri yang tinggi dan terus berdoa keada Allah SWT agar sentiasa melimpahi RahmahNya agar pekerjaan dan tugasan yang dilakukan sentiasa berada di landasan yang betul dan diredhai ALlah SWT.  Semua warga kerja juga digesa agar terus yakin dengan pihak Syarikat dan terus menyokong pelan-pelan strategi perniagaan yang telah dirancang dan akan dilaksanakan oleh pihak Syarikat dan Kerajaan Negeri. 
Back